Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google mengesahkan Android N dikenali sebagai Android Nougat

android-n-650x361Google mengesahkan Android N dikenali sebagai Android Nougat

Google telah mengumumkan nama untuk Android N secara rasminya sebagai Android Nougat hari ini. Seperti warisan Android, Google menggunakan nama manisan mengikut turutan abjad.

Nougat adalah manisan yang dibuat dengan gula atau madu, pelbagai jenis kekacang, putih telur dan kadang-kala dengan beberapa buah-buahan kering.

Sebelum Google mengesahkan nama sebenar Android N, Google membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya seperti Android Nutella dan sebagainya.

Android Nougat ini dikatakan akan hadir dengan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih baik, sokongan menggunakan dua aplikasi pada satu skrin, notifikasi yang ditambah baik, dan banyak lagi.

SUMBER RUJUKAN: AMANZ

Comments

comments