Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ExMobile melancarkan Chat 6 di pasaran Malaysia dengan harga RM359

Chat-6-black-464x576ExMobile melancarkan Chat 6 di pasaran Malaysia dengan harga RM359

ExMobile telah memperkenalkan telefon pintar phablet mereka yang terbaru di pasaran Malaysia iaitu ExMobile Chat 6.

Peranti ini merupakan sebuah peranti dengan spesifikasi rendah yang hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan 1.3 Ghz empat teras, memori 1GB RAM and ruangan storan bersaiz 16GB samping menyokong kad mikroSD sebesar 64GB.

Chat-6-BlackTelefon pintar phablet badjet ini mempunyai kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan bateri berkapasiti 2,800 mAh.

Ciri-ciri lain yang turut hadir dengan peranti ExMobile ini adalah dwi-SIM yang datang dengan sokongan 3G, Bluetooth 4.0, WiFi 802.11 b/g/n serta WiFi Hotspot.

ExMobile Chat 6 dijual pada harga RM359 dan ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu Emas Ros, Hitam dan Putih. Setiap pembelian ExMobile Chat 6 akan diberikan kes penutup belakang dan Pelindung skrin secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.