Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Webe melancarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had dari RM79 sebulan

160406webesimcard01-770x401Webe melancarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had dari RM79 sebulan

Webe merupakan telko yang baru di Malaysia yang ingin menangkap perhatian rakyat tempatan terutamanya golongan pengguna telefon pintar.

Pada hari ini, Webe menawarkan pakej yang memberi akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS. Pelan ini bermula dengan harga RM79 (RM84 jikalau termasuk GST).

Walaubagaimanapun, pelan Webe baru ini mempunyai syarat tersembunyi. Ia hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja. Ini bermaksud jika pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam sahaja.

Di samping itu, penggunaan panggilan dan SMS akan terhad dalam nilai RM500 sebulan supaya pengguna tidak menyalah-guna rangkaian mereka.

webe-01-650x650

Harga asal Pelan Webe ini sebenarnya adalah RM199 sebulan. Tetapi, selepas potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM63.60 dan juga potongan tambahan RM63.60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong talian Webe (iaitu LTE 850 MHz band), pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tanpa termasuk GST).

Jikalau anda ingin mendaftar untuk pelan baru ini, anda boleh semak di laman rasmi Webe. Para pengguna juga harus diingati bahawa bayaran pertama untuk pelan ini ialah RM106 serta dengan harga sebulan pelan tersebut.

Selepas pendaftaran, anda akan menerima pek SIM terus melalui penghantaran pos. Pelan ini telah disahkan oleh Webe tiada sebarang kontrak untuk talian mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.