Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile bakal memperkenalkan Pelan 30GB Data Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM98 Sebulan?

umobile-p98-650x488

U Mobile bakal memperkenalkan Pelan 30GB Data Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM98 Sebulan?

Mengikut info terkini yang tertiris dari Lowyat.NET, U Mobile akan melancarkan sebuah pelan baru yang menawarkan penggunaan data sehingga 30GB serta panggilan tanpa had.

Pelan baru yang U Mobile akan melancarkan di pasaran Malaysia ini dikenali sebagai Hero P98 dengan langganan RM98 sebulan.

Selain itu, pengguna turut boleh menikmati pelbagai penawaran seperti pada pelan P78, termasuk Data Backpack untuk digunakan ketika berada di luar negara, dan juga Video Onz yang menawarkan data tanpa had untuk strim beberapa perkhidmatan video, termasuk YouTube.

Pandangan MobileFokus terhadap langkah U Mobile kali ini adalah untuk menarik perhatian pelanggan tempatan serta menjadi peneraju pasaran.

Kemungkinan besar Pelan baru ini akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan ini!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.