Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ExMobile VoLte 1 dilancarkan secara rasmi – RM 799

image

ExMobile secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama mereka yang memiliki sensor capjari iaitu ExMobile VoLte 1.

ExMobile VoLte 1 ini hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli yang premium dan disertakan dengan spesifikasi yang baik.

ExMobile VoLte 1 ini hadir dengan skrin paparan 1080p LTPS IPS yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Dragontrail.

Beralih kepada spesifikasi dalaman, ExMobile VoLte 1 ini hadir dengan pemproses MediaTek MT6753, 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman ( mempunyai slot microSD memberikan tambahan 64GB memori simpanan dalaman).

Beralih kepada bahagian kamera, ExMobile VoLte hadir dengan kamera utama 13MP yang dibekalkan oleh Panasonic manakala kamera hadapan adalah 5MP OmniVisiom (OV).

ExMobile turut menyertakan sensor capjari pada panel belakang dan ianya mempunyai fungsi pengesanan 360 darjah dengan waktu pengaktifan hanya 0.5saat.

ExMobile VoLte 1 juga mempunyai sensor inframerah ( sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik), sokongan dwi-SIM, bateri berkapasiti 3,250mAh dengan pengecasan pantas dan sistem audio NXP Smart Audio PA.

Sebagai promosi pelancaran ExMobile VoLte 1 ini, setiap pembelian VoLte 1 melalui GEMFIVE akan menerima satu unit JBL T300A headphone yang bernilai RM 239 secara percuma.

ExMobile VoLte 1 ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam dengan harga penjualan RM 799.

Selain itu, jika anda merupakan pemegang kad kredit Hong Leong Bank, anda boleh menggunakan kod bauchar 20GEMHLB untuk mendapatkan potongan 20% daripada harga asal.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit Hong Leong Bank, anda boleh mendapatkan diskaun RM 100 dengan menggunakan kod MO100

beli ExMobile VoLte 1 di SINI

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.