Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 3 dilancarkan secara rasmi

image

Selepas hangat diperkatakan, OnePlus akhirnya telah melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun ini iaitu OnePlus 3

OnePlus 3 ini hadir dengan skrin paparan Optic AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci( dilapisi gelas Corning Gorilla Glass 4), Pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 6GB RAM dan memori simpanan dalaman 64GB (tiada slot microSD).

Beralih kepada bahagian kamera, OnePlus 3 ini hadir dengan kamera utama 16MP Sony IMX298 yang mempunyai OIS, PDAF , flash LED dan sokongan rakaman 4K. Kamera hadapan adalah 8MP yang turut dibekalkan oleh Sony dan kamera ini juga mempunyai pengstabilan imej elektronik.

Selain itu, OnePlus 3 juga mempunyai sensor capjari pada bahagian hadapan, lampu notifikasi, LTE Cat.6, slot!dwi-SIM, NFC dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas ‘Dash Charge’ (5V 4A atau 20W).

OnePlus 3 juga hadir dengan sistem operasi Andorid 6.0.1 Marshallow.

Telefon pintar ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan $399 (sekitar RM 1,429).

OnePlus 3 menjadi telefon pintar pertama didalam syarikat ini untuk hadir tanpa sebarang penjualan melalui kod jemputan.

Penjualan telah bermula lewat malam semalam.

imageimageimage

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.