Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S8 mungkin memiliki skrin paparan 4K

galaxy s8

Menurut UBI Research, Samsung Galaxy S8 akan menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan skrin paparan 4K.

Penganalisa di firma ini mendakwa bahawa skrin paparan 4K berukuran 5.5-inci yang dipamerkan di persidangan skrin bulan lalu adalah calon sesuai untuk menjadi skrin paparan pada Samsung Galaxy S8 yang akan dilancarkan pada awal tahun 2017.

Panel skrin paparan 4K yang bakal digunakan oleh Galaxy S8 ini dikatakan akan menggunakan teknologi super AMOLED dengan resolusi 3840 x 2160 dan kepadatan piksel mencecah 806ppi.

Samsung Galaxy S8 ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari atau Mac 2017 dan ianya sudah pastinya akan menjadi antara telefon pintar terbaik bagi tahun 2017.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.