Lenovo Moto Z bakal hadir dengan teknologi pengzooman 10x

lenovo tech world

Satu teaser Lenovo Moto Z yang tersebar mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan memiliki kebolehan 10 kali pengzooman optik dan ianya mungkin beroperasi menggunakan modul tambahan dan bukanya pada kamera utama.

Selain itu, satu lagi gambar juga memberikan kita idea akan warna yang bakal ditawarkan bagi telefon pintar Lenovo Moto Z ini.

Lenovo Moto Z dijangka akan hadir didalam tiga warna iaitu warna perak, warna emas dan warna emas ros.

Lenovo Moto Z dijangka akan dilancarkan secara rasmi hari ini di Lenovo Tech World yang akan berlangsung di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

sumber

Comments

comments

Share