Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Nubia Z11 Max dilancarkan secara rasmi


image

Seperti yang diumumkan sebelum ini , ZTE secara rasminya telah melancarkan Nubia 11 Max dan telefon pintar ini merupakan model kedua didalam siri Z11 selepas Z11 Mini.

Nubia Z11 Max ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 652 , GPU Adreno 510, 4GB RAM , memori simpanan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Selain itu, Nubia Z11 Max ini juga memiliki kamera utama 16MP ( sensor Sony IMX298) yang hadir dengan aperture f/2.0 , flash dwi-tona dan gelas perlindungan sapphire. Kamera selfie Z11 Max ini adalah 8MP.

ZTE Nubia Z11 Max juga hadir dengan sensor capjari pada panel belakang , sokongan 4G LTE, Bluetooth 4.1, Wi-Fi,GPS dan beroperasi menggunakan Nubia UI 3.9.9 yang berasaskan Android Lollipop.

ZTE Nubia Z11 Max ini akan ditawarkan di pasaran China mulai 16 Jun didalam warna perak, kelabu dan emas manakala Z11 Max edisi koleksi Cristiano Ronaldo pula akan dijual dua hari kemudian

ZTE Nubia Z11 Max ini akan ditawarkan pada harga CNY 1,999 ( RM 1,235) manakala edisi Cristiano Ronaldo pula akan dijual pada harga CNY 2,299 (RM 1,421).

Edisi koleksi Cristiano Ronaldo ini akan hadir dengan anda akan menerima profil beliau pada bahagian panel belakang ( bersama autograf), perkakas Cristiano Ronaldo dan kayu selfie.

image

image

image

image

image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.