Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 Deluxe dengan pemproses Snapdragon 823 mungkin dilancarkan

ZenFone 3 Dluxe front

Telefon pintar utama Asus ZenFone 3 telah dilancarkan secara rasmi awal minggu ini dan ianya hadir didalam tiga versi yang dikenali sebagai ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Ultra.

Bercakap mengenai model terbaik Asus iaitu ZenFone 3 Deluxe, telefon pintar ini dikatakan akan ditawarkan didalam satu lagi versi baru yang mempunyai pemproses Qualcomm Snapdragon 823 (ketika pelancaran ZenFone 3 Deluxe dengan pemproses Snapdragon 820 sahaja diumumkan).

Pemproses Snapdragon 823 ini adalah pemproses yang sama namun dengan kelajuan CPU yang lebih tinggi.

Khabar angin juga mendakwa bahawa versi ZenFone 3 Deluxe ini akan ditawarkan mulai bulan Ogos di beberapa pasaran Asia termasuk Filipina dan India.

Buat masa ini masih tiada sebarang maklumat akan harga penjualan ZenFone 3 Deluxe dengan pemproses SD823 ini namun ianya sudah pasti sama atau lebih mahal berbanding versi dengan pemproses SD820.

Selain ZenFone 3 Deluxe, Samsung Galaxy Note 6, HTC Mini , Mi Note 2 dan ZTE Nubia X8 dilaporkan akan turut menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 823 ini.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.