Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X7 dilaporkan akan dilancarkan pada penghujung bulan ini

gsmarena_001

Walaupun sudah hampir dua tahun dilancarkan, pengganti kepada Vivo Xshot masih belum menjadi realiti sehingga kini.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru dari China mengatakan bahawa Vivo XShot ini tidak akan mempunyai pengganti tulen namun satu model yang dikenali sebagai Vivo X7 akan mengambil tempat telefon pintar ini.

Gambar pengganti Vivo Xshot ini juga telah disertakan dan gambar ini adalah panel hadapan Vivo X7 yang berasaskan gelas 2.5D selain satu lubang yang akan menempatkan butang + sensor capjari.

Vivo X7 ini dilaporkan akan dilancarkan pada penghujung bulan ini dan jika ianya benar, sudah pasti lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini akan dikeluarkan..

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.