Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia E5 dilancarkan secara rasmi

xperia-e5-

Sony secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Xperia E5 dan merupakan telefon pintar yang disasarkan kepada golongan pembeli pertama.

Sony Xperia E5 ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MTK6735 daripada MediaTek, 1.5GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,700mAh yang mana Sony mendakwa mampu menawarkan jangka hayat sehingga 2 hari.

Selain itu, Xperia E5 ini juga memiliki kamera utama 13MP yang turut disertakan dengan flash LED dan tidak lupa kamera selfie 5MP.

Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh Xperia E adalah NFC, sokongan LTE Cat.4, sokongan dwi-SIM, Android Marshmallow dan mempunyai ukuran dimensi 144 x 69 x 8.2 mm.

Xperia E5 ini akan mempunyai harga penjualan €199 iaitu sekitar RM 914, tarikh penjualan Xperia E5 ini masih belum diumumkan.

xperia-e5-2 xperia-e5-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.