Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan reka bentuk baru setiap tiga tahun

iphone 7

Menurut laporan terbaru daripada Asia, Apple dikatakan akan menukar kitar hidup produk Apple iPhone mereka.

Sehingga kini, Apple mempunyai prinsip untuk menawarkan iPhone dengan reka bentuk yang baru setiap dua tahun namun ianya bakal berubah bermula dengan Apple iPhone 7.

Apple iPhone 7 dillihat akan hadir dengan reka bentuk luaran yang hampir sama seperti Apple iPhone 6 dan Apple iPhone 6s dengan perubahan ketara adalah dari segi spesifikasi dalaman.

Anda pasti menjangkakan Apple iPhone 7 akan hadir dengan reka bentuk yang baru namun kesemua khabar angin tidak memberikan sebarang bukti bahawa Apple iPhone 7 mempunyai reka bentuk yang berlainan daripada iPhone 6s.

Model iPhone 6/6s dan 7 akan menjadi model pertama didalam kitar hidup produk yang mengekalkan reka bentuk sama untuk tiga tahun dan trend ini dilihat akan diteruskan pada masa hadapan.

Ini bermaksud kita harus menunggu sehingga 2017 untuk menyaksikan Apple iPhone dengan reka bentuk yang baru.

Keputusan untuk mengubah tempoh kitar hidup telefon pintar ini dibuat kerana keadaan pasaran yang mana Apple dijangka akan mencapai jumlah penjualan iPhone yang lebih rendah berbanding tahun 2015.

Pada Apple iPhone 7 yang akan dilancarkan tahun ini, kita boleh menjangkakan model telefon pintar Apple ini untuk hadir dengan kamera yang lebih baik, teknologi kalis air , kapasiti bateri yang lebih baik dan sensor capjari yang lebih pantas.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.