Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M9+ Prime Camera Edition dilancarkan secara rasmi

htc one m9+ prime camera edition-2

HTC secara rasminya telah melancarkan satu lagi varian didalam generasi telefon pintar One M9 yang merupakan telefon pintar utama syarikat Taiwan ini untuk tahun 2015.

Pelancaran One M9+ Prime Camera Edition ini tiba selepas pelancaran model telefon pintar utama HTC 10 yang merupakan telefon pintar utama HTC bagi tahun ini.

Telefon pintar HTC One M9+ Prime Camera Edition ini kini mula ditawarkan dikedai atas talian HTC India.

htc one m9+ prime camera edition-1

HTC One M9+ Prime Camera Edition ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses MediaTek Helio X10, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,840mAh.

Selain itu, HTC One M9+ Prime Camera Edition ini juga hadir dengan kamera utama 13MP yang turut dilengkapi dengan uFocus dan HTC Eye experience manakal kamera selfie adalah menggunakan sensor UltraPixel.

HTC One M9+ Prime Camera Edition ini mempunyai harga penjualan INR 23,990 dan hadir didalam dua warna iaitu warna kelabu dan perak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.