Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus melancarkan Robot Zenbo – teman setia anda

asus zenbo

Selain pelancaran telefon pintar Asus ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Ultra, syarikat Taiwan ini juga mencuri tumpuan apabila telah melancarkan robot Asus Zenbo.

Asus Zenbo ini menjadi realiti hasil inspirasi dari Jonney Shih (Pengerusi Asus) yang mahu melihat pengunaan peralatan robotik disemua kediaman.

Asus Zenbo ini adalah robot yang direka untuk memberikan bantuan, hiburan dan sebagai teman setia kepada setiap ahli keluarga.

Asus Zenbo ini mempunyai kebolehan untuk mendengar, memahami, melihat, bercakap, memainkan lagu dan memberikan jawapan kepada setiap persoalan.

Selain itu, Zenbo juga mampu bertindak sebagai penasihat kesihatan anda dan ianya akan memberikan anda peringatan seperti temu janji dengan doktor , pengambilan ubat dan jadual bersenam.

Asus Zenbo juga akan mengawasi kediaman anda dan akan menhantar isyarat kecemasan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, Zenbo juga mempunyai fungsi seperti membuat panggilan video, melayari laman sosial, membeli belah, menstrim filem dan rancangan TV kegemaran anda.

Selain itu, Zenbo juga mampu mengalas tugas sebagai pengasuh kepada kanak-kanak dan memastikan mereka sentiasa terhibur dengan membacakan cerita, memainkan lagu kegemaran, menari dan juga menyampaikan cerita pada waktu malam.

Zenbo juga mempunyai fungsi untuk dipadankan pada peralatan elektronik kediaman anda seperti penghawa dingin, lampu, TV dan banyak lagi.

Fungsi-fungsi Asus Zenbo yang lain adalah membantu didapur (membacakan resepi), membukakan pintu rumah (melihat melalui kamera siapa yang hadir), mengambil gambar keluarga, mengawasi keselamatan rumah anda (anda boleh melihat melalui aplikasi pada telefon pintar anda).

Asus Zenbo ini mempunyai harga penjualan $499 iaitu sekitar RM 2,464

asus zenbo-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.