Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile WiFi Calling dilancarkan secara rasmi , guna wifi untuk membuat dan menerima panggilan

 

umobile wifi calling malaysiaUmobile secara rasminya telah melancarkan satu ciri yang dikenali sebagai WiFi Calling dan ciri ini membolehkan anda membuat panggilan ke talian tetap ataupun mudah alih melalui mana-mana rangkaian WiFi didunia.

Konsep WiFi Calling ini bermaksud anda boleh membuat dan menerima panggilan seperti biasa walaupun dikawasan tersebut anda tidak mempunyai akses kepada rangkaian UMobile (dengan syarat telefon pintar anda disambungkan kepada rangkaian WiFi).

caj umobile wifi calling

Dengan WiFi Calling ini anda tidak perlu memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan jika anda berada diluar negara, anda hanya akan dikenakan caj panggilan tempatan mengikut pelan yang anda langgan.

Jika anda membuat panggilan dari Malaysia ke luar negara atau dari luar negara ke nombor lain anda akan dikenakan caj IDD.

umobile wifi calling malaysia-1

UMobile WiFi Calling ini kini boleh digunakan oleh pelanggan prabayar dan pascabayar UMobile yang menggunakan peranti iOS iaitu Apple iPhone SE, iPhone 6s Plus, iPhone 6s, iPhone 6 Plus, iPhone 6, iPhone 5s dan iPhone 5c.

Bagi pelanggan yang mempunyai peranti Android, sokongan WiFi Calling akan tiba ke telefon pintar mereka tidak lama lagi.

Cara-cara mengaktifkan UMobile WiFi Calling (tekan pada gambar untuk melihat gambar pada resolusi yang lebih besar)

cara-mengaktifkan-umobile-wifi-callingcara membuat panggilan UMobile WiFi Calling

cara-membuat-panggilan-umobile-wifi-calling

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.