Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge warna emas ros kini di Malaysia

s7-edge-malaysia-pink-rose-gold

Samsung Galaxy S7 Edge telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mac yang lalu dengan harga penjualan RM 3,099.

Ketika dilancarkan, Samsung Galaxy S7 Edge ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, perak dan emas. Kini, Samsung Mobile Malaysia telah mengumumkan penawaran satu lagi warna iaitu warna emas ros ke pasaran tempatan.

Warna emas ros ini telah dilancarkan di pasaran Korea pada bulan April dan ianya tiba ke pasaran Malaysia lebih awal berbanding sebelum ini.

Harga penjualan S7 Edge warna emas ros ini adalah sama seperti harga warna-warna lain iaitu RM 3,099 termasuk GST.

Bercakap mengenai Samsung Galaxy S7 yang baru ditawarkan di Malaysia bulan ini, warna emas ros mungkin akan turut ditawarkan bagi model ini tidak lama lagi.

Jika anda berminat untuk memiliki Samsung Galaxy S7 Edge, ini adalah waktu yang terbaik kerana anda boleh mendapatkan potongan diskaun sehingga RM 1,750 dengan program pertukaran yang ditawarkan oleh Samsung. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh anda baca di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.