Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy C5 dilancarkan secara rasmi

galaxy-c5-official-1

Samsung secara rasminya telah melancarkan model terbaru didalam siri Galaxy C mereka iaitu Galaxy C5 dan telefon pintar ini dilihat hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli yang mempunyai mirip Apple iPhone.

Seperti yang diduga, Samsung Galaxy C5 hanya dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu dan masih terdapat tanda tanya samada telefon pintar ini akan ke pasaran antarabangsa.

Samsung Galaxy C5 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci , pemproses Qualcomm Snapdragon 617 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan ( sokongan kad microSD 128GB).

Selain itu, Galaxy C5 ini juga hadir dengan kamera utama 16MP dan kamera selfie 8MP dengan aperture bagi kedua-dua kamera ini adalah f/1.9

Selain itu, Samsung Galaxy C5 juga memiliki sokongan 4G LTE , slot dwi-SIM Hibrid , bateri berkapasiti 2600mAh , sensor capjari  dengan sokongan Samsung Pay dan ukuran dimensi 145.9 x 72 x 6.7mm ( berat 143gram).

Samsung Galaxy C5 ini akan hadir didalam 4 warna iaitu warna emas , emas pink , kelabu dan perak .

Harga penjualan telefon pintar ini masih belum diumumkan namun ianya mungkin tidak begitu berpatutan seperti yang dijangka sebelum ini.

pink galaxy-c5-official-4 galaxy-c5-official-3 galaxy-c5-official-2

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.