Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Doogee Y300 kini di Malaysia – RM 599

Doogee-y300-1

Doogee secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan Mac yang lalu dengan membawa masuk tiga model telefon pintar iaitu Dooge F7 Pro, Dooge T6 dan Doogee Y200.

Kini, Doogee Malaysia akan mula menawarkan satu lagi telefon pintar kelas pertengahan syarikat ini iaitu Y300 dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 599 ( akan dilancarkan secara rasmi hari ini)

Bercakap mengenai spesifikasi Doogee Y300 ini, ianya hadir dengan skrin paparan IPS HD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core MT6735 daripada MediaTek , 2GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2200mAh.

Selain itu, Doogee Y300 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, sokongan dwi-SIM, Android 6.0 Marshmallow , slot microSD , sokongan 4G LTE dan mempunyai kenipisan 6.7mm.

Doogee Y300 ini akan mula ditawarkan di Malaysia hari ini dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 599

Doogee-y300-2 Doogee-y300-7 Doogee-y300-6 Doogee-y300-5 Doogee-Y300-13 doogee-y300-143

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.