Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft menstruktur perniagaan telefon pintar,1850 pekerja dibuang

Satya-Nadella-Officially-Named-New-Microsoft-CEO-423753-2

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan hampir 1,850 pekerja sebagai strategi untuk mengimbangi perniagaan telefon pintar mereka,..

Selain itu, terdapat juga laporan bahawa Microsoft telah membatalkan perancangan mereka untuk mengeluarkan model telefon pintar baru namun tiada sebarang pengesahan rasmi diberikan oleh Microsoft.

Tindakan ini tiba kira-kira dua tahun selepas syarikat gergasi Amerika Syarikat ini membayar $7.2 bilion untuk mengambil alih perniagaan telefon pintar Nokia.

Pengurangan pekerja dan penstrukturan semula perniagaan telefon pintar Microsoft ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan kajian juga mendedahkan bahawa pegangan pasaran telefon pintar global yang dimiliki oleh Microsoft adalah kurang daripada 1%.

Selain itu, Microsoft juga kini didalam proses penjualan semula perniagaan telefon bimbit (feature phone) kepada syarikat lain.

Dengan penstrukturan semula perniagaan telefon pintar Microsoft ini, kita dengan jelas boleh melihat bahawa masa depan telefon pintar Microsoft adalah tidak meyakinkan.

Perkembangan terbaru daripada Microsoft ini tiba selepas Nokia menyatakan hasrat untuk kembali ke pasaran telefon pintar tidak lama lagi.

Nokia dijangka akan mengeluarkan telefon pintar dan tablet yang berasaskan sistem operasi Android dan bukanya sistem operasi Windows 10 seperti yang digunakan oleh Microsoft.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.