Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tukar telefon pintar lama dan jimat sehingga RM 1750 bagi pembelian S7 Edge

trade in samsung

Samsung kini menawarkan program pertukaran (trade-in) yang membolehkan anda menukar telefon pintar lama and kepada model Samsung Galaxy S7 Edge yang baru dilancarkan pada bulan Mac yang lalu.

Dengan program pertukaran ini, anda boleh menjimatkan sehingga RM 1,700 apabila membeli Samsung Galaxy S7 Edge.

Program pertukaran Samsung Galaxy S7 Edge ini ditawarkan dengan kerjasama syarikat Ingram.

Antara telefon pintar yang layak menyertai program pertukaran ini adalah jenama telefon pintar Samsung, Apple, HTC, Sony, Asus, Lenovo dan Huawei.

Untuk melihat sama ada telefon pintar anda layak menyertai program pertukaran ini anda boleh lihat di SINI.

Jika anda mahu menukar Apple iPhone 6 Plus 128GB kepada Samsung Galaxy S7 Edge , anda akan menerima RM 1750 rebat untuk pembelian S7 Edge.

Antara kriteria yang harus ditepati oleh telefon pintar lama anda adalah seperti berikut:

1. Peranti boleh dihidupkan dan ditutup, Nombor IMEI mesti boleh diakses.
2. Skrin paparan mesti berfungsi sepenuhnya dan tiada sebarang retakan
3. Kesemua butang pada peranti berfungsi dan tiada retakan pada rangka
4. Peranti mesti tidak mempunyai kod kata laluan.

Program eksklusif bagi Samsung Galaxy S7 Edge ini boleh dinikmati sehingga 31 Mei ini di wakil pengedar sah Samsung yang terpilih.

Senarai wakil pengedar sah Samsung boleh anda lihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.