Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengguna Galaxy Note 4 di Malaysia mula menerima kemaskini Android Marshmallow

note 4 android marshmallow update malaysia

Berita baik bagi pengguna Samsung Galaxy Note 4, penantian untuk menerima kemaskini Android 6.0.1 Marshmallow bagi peranti Note anda kini bakal berakhir.

Berita ini sudah pastinya disambut baik oleh pengguna setia Samsung Galaxy Note 4 kerana dengan kemaskini baru ini peranti mereka yang telah berada di pasaran hampir 18 bulan akan menerima banyak ciri baru seperti pada Note 5.

Antara ciri baru yang sudah pastinya menggembirakan pemiliki Galaxy Note 4 adalah ciri penjimatan bateri yang dikenali sebagai Doze. Doze adalah ciri yang membolehkan penjimatan bateri pada tahap maksima apabila telefon pintar tidak digunakan untuk tempoh yang lama.

Selain itu, dengan kemaskini Android Marshmallow ini, Prestasi penggunaan dan kelancaran juga akan dapat ditingkatkan.

Pengguna Samsung Galaxy Note 4 mungkin sudah mula menerima kemaskini Android 6.0.1 Marshmallow ini, namun jika anda masih belum menerimanya , jangan risau kerana kemaskini ini biasanya akan ditawarkan secara berperingkat.

Sebelum melakukan kemaskini sistem operasi yang baru ini, kami menasihatkan anda melakukan salinan ‘backup’ segala data dan fail telefon pintar anda.

Dalam pada itu, bagi pengguna Note 5 anda mungkin sudah boleh bersedia untuk menerima kemaskini Android N yang dijangka mula ditawarkan awal tahun hadapan dan terdapat juga kemungkinan Samsung Galaxy Note 6 yang dialancarkan pada bulan September ini hadir dengan sistem operasi Android N ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.