Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 kini ditawarkan pada harga diskaun – hanya RM 998

new prize fb

Oppo F1 telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari lalu sebelum Oppo F1 Plus menyusul tiba bulan lalu.

Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Oppo Malaysia kini menawarkan Oppo F1 pada harga istimewa iaitu hanya RM 998 ( harga asal RM 1198).

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0.

selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC), Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1

Oppo F1 warna emas dan emas ros boleh dibeli dari kedai konsep Oppo seluruh negara dan juga melalui kedai atas talian rasmi iaitu Oppo Store Malaysia.

Harga istimewa ini sah dari 23 Mei 2016 sehingga 7 Julai 2016.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.