Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 Pro kini ditawarkan oleh Directd – RM 699

redmi 3 pro

Pengedar telefon pintar terkemuka di Malaysia iaitu DirectD kini telah mula menawarkan Redmi 3 Pro di pasaran Malaysia dengan harga RM699 (versi import).

Xiaomi Redmi 3 Pro ini  hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snadpdragon 616, GPU Adreno 405 , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Beli Redmi 3 Pro melalui Directd di SINI

Xiaomi Redmi 3 Pro ini memiliki bateri berkapasiti 4100mAh yang memberikan jangka hayat bateri hampir 80% lebih lama berbanding Redmi 2. Selain itu, bateri ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 5V/2A.

Bercakap mengenai kamera pula, Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai sokongan pemfokusan pantas PDAF yang mampu melakukan pemfokusan didalam masa 0.1 saat. Kamera 13MP ini mempunyai aperture f/2.0. bercakap mengenai kamera hadapan pula, ianya hadir dengan kamera 5MP dengan aperture f/2.2.

Beli Redmi 3 Pro melalui Directd di SINI

Beralih kepada ciri-ciri lain yang dimiliki telefon pintar ini, ianya memiliki ukuran kenipisan 8.5mm dengan berat 144gram, MIUI 7, sensor capjari , Wi-Fi 802.11 b / g / n dan menyokong WiFi 2.4GHz , Bluetooth 4.1 , Bluetooth HID.

Xiaomi Redmi 3 Pro ini hadir dengan jaminan waranti 12 bulan daripada DirectD dan ianya ditawarkan didalam warna emas sahaja.

Beli Redmi 3 Pro melalui Directd di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.