Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Drone akan dilancarkan secara rasmi 25 Mei ini

xiaomi drone

Pasaran peranti Drone adalah satu pasaran yang semakin berkembang dan pasaran ini dilihat juga telah menarik minat pengeluar telefon pintar Xiaomi ke pasaran Drone ini.

Sebelum ini, Lei Jun telah memberikan sedikit petunjuk bahawa Xiaomi akan melancarkan satu peranti Drone tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Xiaomi telah mengesahkan perkara ini dengan memuat turun satu gambar kipas Drone yang diperbuat daripada buluh selain melalui forum rasmi Xiaomi.

Selain itu, laporan sebelum ini juga memberikan kita sedikit maklumat spesifikasi peranti Drone Xiaomi ini.

Drone Xiaomi ini dijangka akan hadir dengan teknologi rakaman dan penstriman video 4k yang mampu meletakkan Drone Xiaomi ini antara peranti terbaik di pasaran Drone.

Walaubagaimanapun, Xiaomi dilihat akan mengekalkan prinsip harga penjualan yang amat berpatutan dan Drone daripada Xiaomi ini dikatakan akan mempunyai harga sekitar CNY 3999 (RM 2,847)  iaitu hampir CNY 5000 lebih murah berbanding model Drone yang setaraf denganya iaitu Drone Phantom yang mempunyai harga penjualan CNY 8,999 (RM 5,598).

Xiaomi Drone ini akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Mei ini dan dijangka akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu namun peranti ini sudah pastinya akan popular jika memasuki pasaran antarabangsa seperti di Amerikat Syarikat dan Eropah.

adakah anda mahu Xiaomi menawarkan Mi Drone di pasaran Malaysia?, berikan jawapan anda di ruang komen dibawah

sumber

222443izgkoeceppde1m21

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.