Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cristiano Ronaldo dilantik sebagai duta ZTE Nubia

cristiano ronaldo

Nubia yang merupakan satu lagi jenama daripada syarikat telefon pintar ZTE secara rasminya telah mengumumkan perlantikan pemain bola sepak kelab Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama Nubia.

Cristiano Ronaldo yang merupakan antara pemain bola sepak terbaik dunia dijangka akan menandatangani perjanjian rasmi dengan anak syarikat ZTE ini tidak lama lagi.

Selain itu, mungkin sebahagian daripada perjanjian antara syarikat ini dan Critiano Ronaldo, pemain bola sepak ikonik ini telah membua akaun peribadi beliau di Weibo dan didalam masa hanya 3 hari , beliau kini memiliki 344,610 orang pengikut.

Selain itu, setiap posting yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo pada akaun Weibo beliau adalah melalui telefon pintar ZTE Nubia 11 yang masih belum diumumkan secara rasmi.

Berjaya menantangani ikon bola sepak dunia seperti Critiano Ronaldo sudah pastinya akan meningkatkan lagi kesedaran pengguna terhadap jenama Nubia ini.

Sebagai rekod, Cristiano Ronaldo juga mempunyai 111.5 juta pengikut di akaun Facebook  58.9 juta pengikut di Instagram manakala di Twitter beliau mempunyai 42.4 juta pengikut.

Dengan kerjasama ini, kita mungkin menyaksikan Cristiano Ronaldo digunakan sebagai ikon dan model utama didalam pelancaran telefon pintar Nubia ini.

Dengan perjanjian ini, kita mungkin menyaksikan telefon pintar Nubia daripada ZTE ini mula mengembangkan sayapnya ke pasaran antarabangsa tidak lama lagi

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.