Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 telah dikesan di China

asus-zenfone-3-real-02

Telefon pintar utama Asus bagi tahun 2016 iaitu Zenfone 3 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan di majlis pelancaran Zenvolution yang akan diadakan di Taiwan pada 30 Mei ini.

Selain itu, video teaser Siri Asus Zenfone 3 yang dikeluarkan juga telah memberikan pengesahan bahawa tiga model telefon pintar utama Asus ZenFone 3 akan dilancarkan minggu hadapan.

Kini, Asus ZenFone 3 telah dikesan digunakan oleh seseorang di China.

Gambar yang tersebar ini tidak begitu jelas namun ianya mempunyai logo Asus dan reka bentuk telefon pintar ini adalah sesuatu yang baru dan tidak pernah digunakan oleh syarikat Taiwan ini.

Jika betul model telefon pintar pada gambar ini adalah salah satu variasi Asus ZenFone 3, ianya dilihat hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya.

Selain itu, Asus ZenFone 3 pada gambar ini juga dilihat mempunyai butang suara yang diletakkan pada panel belakang iaitu dibawah kamera.

berdasarkan saiz kasar telefon pintar ini, Asus ZenFone 3 pada gambar ini mungkin adalah versi Deluxe atau Max yang mempunyai skrin paparan dan ukuran yang lebih besar.

telefon pintar Asus ini akan hadir dengan reka bentuk glass 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang, sensor capjari , slot USB type-C , flash LED hadapan dan pemfokusan laser pada unit kamera belakang.

Asus ZenFone 3 bersama-sama ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max dijangka akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Jun 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.