Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia sahkan perancangan untuk mengeluarkan telefon pintar dan tablet Android

nokia

Nokia, syarikat gergasi didalam industri telefon bimbit secara rasminya telah mengesahkan perancangan syarikat ini untuk kembali ke dunia telefon pintar dan tablet.

Persoalan pertama yang akan timbul adalah, apakah sistem operasi yang akan digunakan oleh peranti Nokia ini? Jawapanya adalah ianya akan hadir dengan sistem operasi Android.

Perancangan ini akan turut disertai oleh satu syarikat baru yang dikenali sebagai HMD global Oy dan syarikat yang baru ditubuhkan ini akan diketuai oleh bekas eksekutif kanan Nokia Arto Nummela.

Nokia akan menjadi antara pengarah (Board of directors) didalam syarikat HMD dan akan menetapkan satu garis panduan dari segi prestasi dan reka bentuk produk-produk dibawah jenama Nokia ini.

Selain itu, HMD juga akan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak $500 juta didalam operasi pemasaran global bagi tiga tahun yang akan datang. Strategi ini adalah untuk menghidupkan kembali jenama Nokia yang semakin dilupakan selepas beberapa tahun menyepi.

Selain itu, satu lagi syarikat akan turut serta didalam perancangan ini adalah FIH Mobile Limited yang merupakan anak syarikat Foxconn. FIH Mobile Limited akan mengambil alih perniagaan telefon bimbit daripada Microsoft pada suku kedua tahun ini dengan bayaran $350 juta. Bersama-sama pengambil alihan ini, Nokia juga dilaporkan akan mengambil alih Microsoft Mobile Vietnam yang mempunyai 4,500 pekerja ( kilang pengeluaran telefon bimbit ( feature phone)).

Nokia telah menandatangani perjanjian dengan FIH yang akan menyaksikan kerjasama kedua-dua syarikat ini didalam membantu perniagaan global telefon pintar dan tablet Nokia.

Pengumuman daripada Nokia ini juga hadir dengan amaran bahawa perjalanan masih jauh dan HMD mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadikan jenama Nokia kembali ke pasaran telefon pintar dunia tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.