Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus mengeluarkan video teaser ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max

asus zenfone 3 , zenfone 3 deluxe dan zenfone 3 max malaysia

Asus sebelum ini telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Asus Zensation yang akan diadakan pada 30 Mei akan penjadi pentas rasmi pelancaran Asus Zenfone 3.

Kini, satu video teaser yang dimuat turun oleh syarikat Taiwan ini mendedahkan bahawa Asus akan melancarkan tiga model telefon pintarĀ  ZenFone 3 iaitu ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max.

Pelancaran Asus ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max ini akan diadakan pada 30 Mei ini iaitu sehari sebelum bermulanya Computex.

Menurut ketua pegawai eksekutif Asus, ketiga-tiga model ZenFone 3 ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Jun dan syarikat ini menyasarkan Asus ZenFone 3 Max sebagai model paling laris dengan penjualan 66% manakala ZenFone 3 dan ZenFone 3 Deluxe mencapai penjualan 33%.

Selain itu, buat pertama kali didalam sejarah telefon pintar Asus ZenFone, ZenFone 3 tidak akan hadir dengan pemproses daripada Intel sebaliknya syarikat ini akan menggunakan pemproses daripada Qualcomm dan MediaTek dengan nisbah 9:1.

Laporan sebelum ini juga mendedahkan bahawa telefon pintar Asus ini akan hadir dengan reka bentuk glass 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang, sensor capjari , slot USB type-C , flash LED hadapan dan pemfokusan laser pada unit kamera belakang.

Asus ZenFone 3 bersama-sama ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max dijangka akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Jun 2016.

asus zenfone 3 clarity asus zenfone 3 desire asus zenfone 3 unlimited
Tontoni video teaser Asus ZenFone 3 ini dibawah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.