Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alcatel Flash Plus 2 dilancarkan secara rasmi – harga dari RM 645

flash plus 2

Alcatel secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Flash Plus 2 dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran Filipina, Malaysia, Vietnam, Monaco dan Thailand.

Flash Plus 2 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (401ppi) , pemproses octa-core Helio P10 , dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB.

Selain itu, Flash Plus 2 ini turut hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash dwi-tona manakala kamera selfie adalah 5MP dan menariknya unit kamera hadapan ini juga turut dilengkapi dengan flash LED.

Selain itu, Flash Plus 2 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh ( dilengkapi pengecasan pantas yang didakwa 3x lebih pantas berbanding pengecasan biasa) , sistem operasi Android Marshmallow , slot microSD ( tambahan sehingga 128GB memori ) , sokongan 4G LTE Wi-Fi 802.11b/g/n , slot dwi-SIM dan pembesar suara audio AKM4375 Chipset+NXP9890 Audio Amplifier

Flash Plus 2 juga mempunyai sensor capjari pada butang ‘home’ hadapan dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas.

Harga penjualan Flash Plus 2 adalah $160 (RM 645) bagi versi 2GB RAM/16GB ROM manakala versi 32GB pula akan ditawarkan pada harga $190 (RM 766).

Penjualan Flash Plus 2 di Malaysia dijangka akan diuruskan oleh Lazada Malaysia seperti model-model Flash sebelum ini.

Flash-Plus-2-Gallery-2 Flash-Plus-2-Gallery-1 Flash-Plus-2-Gallery-9 Flash-Plus-2-Gallery-6 Flash-Plus-2-Box

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.