Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung menawarkan diskaun RM 200 bagi Galaxy A5 (2016) dan A7 (2016)

galaxy a5 a7 rm 200 offer

Adakah anda pengguna telefon pintar Samsung dan mempunyai niat untuk membeli telefon pintar siri Galaxy A 2016? ini adalah waktu yang terbaik kerana Samsung kini menawarkan potongan RM 200 bagi anda memiliki telefon pintar didalam siri ini.

Siri Samsung Galaxy A 2016 telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Januari yang lalu dan terdapat tiga model yang diperkenalkan iaitu Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Walaubagaimanapun, potongan RM 200 ini hanya layak untuk model Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016) dengan tawaran ini sah dari 16 Mei sehingga 30 Jun 2016.

Samsung Galaxy A5 (2016) mempunyai harga penjualan RM 1,599 (RM 1,399 selepas potongan RM 200) manakala Galaxy A7 (2016) pula  mempunyai harga penjualan RM 1,899 (RM 1,599 selepas potongan RM 200).

Samsung Galaxy A7 2016 adalah model paling baik didalam siri Galaxy A 2016 ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,300mAh dan slot microSD.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai OIS manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini mempunyai aperture f/1.9

Samsung Galaxy A7 2016 seperti yang diduga juga hadir dengan sensor capjari, sistem pembayaran Samsung Pay dengan MST ‘Magnetic Secure Transmission’, LTE Cat.6 dan terdapat juga versi dwi-SIM.

Samsung Galaxy A5 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Seperti Galaxy A7 (2016), Galaxy A5 (2016) juga hadir dengan kamera utama 13MP namun tiada OIS dan disertakan dengan kamera 5MP. Sensor capjari dan Samsung Pay dengan MST juga dilengkapi pada Galaxy A5 (2016) dan tidak lupa satu lagi versi dengan dwi-SIM.

Samsung Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016) ini ditawarkan didalam empat warna iaitu putih, hitam, emas dan emas ros.

Untuk melayakkan anda memiliki telefon pintar ini pada harga yang istimewa ini anda harus memuat turun aplikasi Samsung Galaxy Life dan dapatkan rebat RM 200 yang ditawarkan.

muat turun aplikasi Galaxy Life di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.