Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Vibe C mula ditawarkan di pasaran Eropah – harga sekitar RM 423

lenovo vibe c

Lenovo nampaknya telah melancarkan satu lagi model didalam siri Vibe yang dilihat akan menjadi telefon pintar paling murah didalam siri ini.

Lenovo Vibe C ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core ( tiada nama model diberikan) , 1GB RAM , 8GB  memori simpanan dalaman dan slot microSD yang memberikan anda pilihan untuk menambah maksima 32GB.

Bercakap mengenai unit kamera, Lenovo Vibe C ini hadir dengan kamera utama 5MP (dengan flash LED manakala kamera selfie adalah 2MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Lenovo Vibe C ini adalah sokongan 4G LTE , sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop dan bateri berkapasiti 2,300mAh.

Lenovo Vibe C ( warna hitam sahaja) ini kini ditawarkan di pasaran Croatia melalui pengedar telefon pintar Ekupi dengan harga penjualan sekitar RM 423 (penghantaran akan bermula 18 Mei).

Lenovo Vibe C ini dijangka akan memasuki pasaran utama dunia tidak lama lagi dan terdapat juga kemungkinan model ini memasuki pasaran Malaysia.

Dalam pada itu, pada awal bulan Mac yang lalu , Lenovo Malaysia telah memperkenalkan Lenovo Vibe X3 dan K4 Note ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,899 dan RM 999.

Rangkuman pelancaran Lenovo Vibe X3 dan K4 Note di Malaysia boleh anda baca di SINI

sumber

lenovo vibe c-2 lenovo vibe c-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.