Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 dan P9 Lite akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 28 Mei ini

P9 - All

Siri telefon pintar utama Huawei iaitu P9, P9 Plus dan P9 Lite baru-baru ini telah diumumkan di pasaran serantau (Asia Tenggara atau Selatan Pasifik).

Pada majlis pelancaran ini, Huawei telah mengesahkan bahawa Huawei P9 dan P9 Lite akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan ini dan kini Huawei Malaysia telah memberikan kita tarikh ianya mula dijual di Malaysia.

Siri Huawei P9 ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 28 Mei 2016 dengan harga penjualan P9 dan P9 Lite ini akan diumumkan pada 20 Mei ini ( tiga hari sahaja lagi).

Lebih menarik, Huawei akan menawarkan P9 dan P9 Plus dengan perkhimatan premium seperti berikut

– Pertukaran satu-kepada-satu bagi tempoh 12 bulan

– Percuma perkhimatan penghantaran dan pengambilan Huawei P9 atau P9 Plus (untuk dibaiki)

– Jaminan 3 bulan untuk skrin LCD dari tarikh pembelian (waranti ini hanya boleh dituntut sekali)

– Percuma perkhimatan pembersihan (2 kali untuk tempoh 12 bulan)

-Nombor Hotline VIP iaitu 1800-22-0086

Huawei P9 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna perak, warna emas dan warna kelabu.

Selain Huawei P9 dan P9 Lite, Huawei Malaysia juga turut dijangka akan menawarkan model Huawei P9 Plus ke pasaran tempatan namun masih tiada sebarang tarikh penjualan diumumkan

Harga penjualan kesemua siri Huawei P9 ini dijangka berada pada kadar RM 2000 – RM 2600 ( P9 Lite dijangka ditawarkan dengan harga penjualan kurang dari RM 1000).

huawei p9-6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.