Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Max menerima 8 juta pendaftaran minat untuk penjualan pertama

mi max specs-9

Telefon pintar Xiaomi Mi Max yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu akan mula ditawarkan kepada pengguna di China melalui penjualan kilat esok dan telefon pintar ini dilihat mendapat sambutan yang sangar mengalakkan apabila telah menerima 8 juta pendaftaran minat.

Rekod pencapaian ini telah didedahkan melalui satu pengumuman di akaun Weibo milik syarikat ini.

Sebagai perbandingan, telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 5 yang telah dilancarkan di MWC 2016 pada bulan Mac telah mendapat 15 juta pendaftaran minat untuk penjualan kilat pertama namun anda harus ingat bahawa ianya adalah model utama syarikat dan bukanya model kelas pertengahan seperti Mi Max.

Pada penjualan pertama, Xiaomi hanya akan menawarkan Mi Max versi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan 32GB ROM dengan jumlah unit yang akan dijual pada hari pertama adalah 100,000 unit.

Berikut adalah harga penjualan Xiaomi Mi Max mengikut kapasiti dan jenis pemproses

Xiaomi Mi Max akan hadir didalam tiga versi dan maklumat versi ini adalah seperti dibawah:

Mi Max 3GB RAM + 32GB ROM (pemproses Snapdragon 650) – harga CNY 1,499 (RM 933)

Mi Max 3GB RAM + 64GB ROM (pemproses Snapdragon 652) – harga CNY 1,699 (RM 1,057)

Mi Max 4GB RAM + 128GB ROM (pemproses Snapdragon 652) –  harga CNY 1,999 (RM 1,244)

Xiaomi Mi Max ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak , kelabu dan emas.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.