Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A 10.1(2016) dilancarkan secara rasmi

samsung-galaxy-tab-a-10.1-2016-1

Samsung Galaxy Tab A 10.1(2016) telah diumumkan secara rasmi ianya mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti dilaporkan sebelum ini.

Samsung Galaxy Tab A 10.1(2016) ini hadir dengan skrin paparan PLS (Plane to Line Switching) keluaran syarikat ini sendiri. Jika anda tidak pernah mendengar teknologi skrin ini, ianya adalah satu variasi skrin panel IPS yang popular.

Dari segi dalaman pula, Galaxy Tab A 10.1 (2016) ini hadir dengan pemproses Exynos 7870 berkelajuan 1.6GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Galaxy Tab A 10.1 ini juga hadir dengan kamera belakang 8MP dengan aperture f/1.9 manakala kamera selfie tablet ini adalah 2MP dengan aperture f/2.2. kedua-dua kamera Tab A ini juga mampu merakam video 1080p.

Selain itu, Galaxy Tab A 10.1(2016) juga memiliki bateri berkapasiti 7,300mAh, slot microSD (mampu memberikan sehingga tambahan 200GB), kenipisan 8.2mm dan berat 525gram.

Samsung Galaxy Tab A 10.1(2016) ini akan hadir didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi dengan harga penjualan €289 (RM 1,329) manakala versi Wi-Fi+SIM akan mempunyai harga penjualan €349(RM 1,605).

Samsung Galaxy Tab A (10.1) ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih, buat masa ini masih tiada sebarang maklumat akan bila ianya mula memasuki pasaran.

Galaxy Tab A 10.1(2016) ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

sumber

Samsung-Galaxy-Tab-A-10.1-LTE_(SM-T585)_black_front Samsung-Galaxy-Tab-A-10.1-LTE_(SM-T585)_black_180 Samsung-Galaxy-Tab-A-10.1-LTE_(SM-T580)_white_front

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.