Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko akan memperkenalkan tiga model telefon pintar baru di Malaysia

wiko mobile

Wiko Mobile iaitu syarikat pengeluar telefon pintar  yang berasal dari Eropah atau negara Perancis telah memasuki pasaran tempatan pada awal tahun ini.

Ketika pelacaran pertama Wiko Mobile di Malaysia, syarikat ini telah tiga model ke pasaran tempatan iaitu Fever, Highway Pure dan Lenny 2 yang masing-masing mempunyai harga penjualan RM 799, RM 999 dan RM 299.

Selepas hampir 5 bulan selepas pelancaran tiga telefon pintar Wiko ini, syarikat Perancis ini dilihat bersedia untuk melancarkan tiga lagi model baru ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Tiga model terbaru yang akan memasuki pasaran Malaysia adalah Wiko Robby , Wiko Ufeel dan Wiko Ufeel Lite.

Antara spesifikasi Wiko Robby yang diketahui adalah skirn paparan IPS HD 5.5-inci, pemproses quad-core 1.3GHz , sistem operasi Android 6.0 , kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP, 1GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD , bateri berkapasiti 2500mAh dan sokongan dwi-SIM.

Wiko Ufeel pula akan hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci , pemproses MediaTek MT6735, 3GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP , kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android Marshmallow.

Wiko Ufeel Lite pula akan hadir dengan IPS berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735,2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Buat masa ini Wiko Mobile Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat harga dan tarikh pelancaran ketiga-tiga model ini.

Wiko Robby

wiko robbyWiko U Feel

wiko-smartphonesMWC-ufeelWiko U Feel Lite

ufeel lite wiko mobilesumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.