• Home »
  • ZTE »
  • ZTE bakal melancarkan Blade V7 Lite ke pasaran Malaysia 12 Mei ini

ZTE bakal melancarkan Blade V7 Lite ke pasaran Malaysia 12 Mei ini

zte smartphone

ZTE Malaysia telah memuat turun satu gambar yang mengatakan bahawa satu model telefon pintar terbaru ZTE akan diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 12 Mei ini.

Berdasarkan gambar yang dimuat turun di akaun Facebook ZTE Malaysia, kita boleh mengatakan bahawa telefon pintar ini akan mempunyai reka bentuk berasaskan rangka besi dan terdapat satu butang yang kelihatan seperti butang suara.

Selain itu, hasil tinjauan kami di akaun Facebok ZTE Malaysia , kami telah menemui beberapa lagi gambar telefon pintar ZTE ini dan ianya dilihat akan turut memiliki sensor capjari di bahagian belakang selain satu unit kamera yang turut disertakan dengan lampu flash LED dwi-tona.

Telefon pintar terbaru ZTE yang akan tiba ke pasaran Malaysia ini mungkin adalah model ZTE V7 Lite yang telah dilancarkan di MWC 2016 bersama-sama Blade V7.

Jika ianya adalah Blade V7 Lite, telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci ( gelas 2.5D) , reka bentuk aluminium unibodi , pemproses quad-core MediaTek MT6753P, GPU Mali-T720 dan 2GB RAM.

Selain itu, Blade V7 Lite juga akan memiliki kamera utama 8MP yang memiliki pemfokusan auto dan LED flash , kamera selfie 8MP, memori simpanan dalaman 16GB , sokongan 4G LTE , bateri berkapasiti 2,500mAh dan sensor capjari.

Harga penjualan ZTE Blade V7 Lite ini di Malaysia masih belum diumumkan.

sumber

zte v7 lite zte v7 lite-1

Comments

comments

Share