Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3 kini di Pasaran Malaysia – hanya RM 1,099

 

 

V3Max_V3_EN

vivo Malaysia kini secara rasminya telah mula menawarkan Vivo V3 di pasaran Malaysia dan model ini menyusul selepas pelancaran Vivo V3 Max ke pasaran Malaysia awal bulan lalu.

Vivo V3 ini akan hadir dengan harga penjualan RM 1,099 iaitu RM 300 lebih murah apabila dibandingkan dengan Vivo V3 Max.

Vivo V3 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 616 , 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,550mAh.

Selain itu, Vivo V3 ini juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan PDAF dan flash LED , kamera selfie 8MP, sensor capjari , slot microSD dan FunTouch OS 2.5 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Dari segi luaran, Vivo V3 ini hadir dengan reka bentuk yang sama seperti V3 Max dengan perbezaan paling ketara adalah pada skrin dimana V3 hadir dengan skrin paparan 5-inci dengan resolusi 720p manakala V3 Max hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1080p.

Selain itu, satu lagi perbezaan antara V3 dan V3 Max adalah dari segi bateri dimana V3 memiliki bateri berkapasiti 2,550mAh manakala V3 Max hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Vivo V3 ini ditawarkan didalam warna emas sahaja dan ianya turut hadir dengan jaminan waranti satu tahun dari Vivo Malaysia.

selain itu, SatuGadget turut menawarkan Vivo V3 Max didalam warna baru iaitu warna emas ros pada harga yang sama.

Beli Vivo V3 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.