Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Malaysia kini mengadakan penjualan ulangtahun ke-2

mi malaysia 2nd anniversary

Bulan Mei 2016 menandakan telah hampir 2 tahun Xiaomi memasuki pasaran Malaysia dan sebagai membalas budi sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Mi Malaysia telah mengumumkan satu penjualan khas yang akan berlangsung sepanjang bulan Mei ini.

Sempena ulang tahun kedua Xiaomi di Malaysia, syarikat ini akan menawarkan banyak diskaun dan hadiah percuma dengan pembelian peranti pintar Mi.

Berikut adalah antara promosi yang ditawarkan oleh Xiaomi sepanjang bulan ini.

Promosi telefon pintar Mi

• Percuma Mi Band dengan pembelian Mi 4i 16GB pu
• Percuma Filem perlindungan skrin dengan pembelian Mi Note

Promosi aksesori Mi

• 50% diskaun bagi pembelian tali Mi Band dengan pembelian Mi Band
• Percuma 1 tali Mi Band dengan pembelian 2 unit Mi Band
• 5000 mAh Mi Power Bank ditawarkan pada harga RM 39
• Mi In-ear Headphones Pro kini hanya RM 69
• 10000 mAh Mi Power Bank warna merah dan emas kini ditawarkan pada harga RM 59
• 80% diskaun bagi Mi Phone Holder Blue (RM 2)
• 80% diskaun bagi filem perlindungan skrin Mi Note
• 50% diskaun bagi bateri Redmi 2
• 50% diskaun bagi filem perlindungan skrin (Clear) Redmi Note2
• 50% diskaun bagi.Redmi Note 2 Wallet Flip Case (Hitam)
• 50% diskaun bagi Mi Mousepad Panda
• 20% diskaun bagi Mi USB Fan

Kesemua promosi ini hanya sah sehingga penghujung bulan Mei 2016 atau sehingga stok masih ada, untuk melakukan pembelian sila layari www.mi.com/my

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.