Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan HTC 10 di China sangat teruk – hanya 215 unit didalam masa 11 hari

htc 10 malaysia-4

HTC 10 yang dilancarkan awal bulan lalu telah mula dijual dibeberapa pasaran utama dunia dan telefon pintar ini turut telah dibuka untuk tempahan di China.

Walaubagaimanapun, HTC dilihat telah melancarkan HTC 10 Lifestyle yang merupakan versi HTC 10 yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 652 dan 3GB RAM ( tidak seperti HTC 10 yang hadir dengan pemproses Snapdragon 810 dan 4GB RAM).

Disebabkan ini, jumlah tempahan yang diterima oleh HTC untuk model utama mereka di China adalah sangat mengecewakan iaitu hanya 251 unit sejak 11 hari lalu dan ini adalah di pasaran yang merupakan pasaran telefon pintar terbesar didunia.

Sebab utama kenapa tempahan HTC 10 Lifestyle ini sangat rendah adalah kerana bakal pembeli HTC 10 di China tidak mahu versi yang hadir dengan spesifikasi yang sedikit berlainan dengan HTC 10.

Pengguna merasakan adalah tidak munasabah untuk mereka membayar sejumlah wang yang banyak dan hanya memperoleh spesifikasi kelas kedua.

Harga penjualan HTC 10 Lifestyle ini adalah CNY 3,799 iaitu sekitar RM 2,343 iaitu hanya sedikit berbeza dengan versi asal HTC 10.

Selepas laporan ini dikeluarkan, saham HTC di Taiwan telah jatuh 10% didalam masa satu hari namun ianya mungkin lebih teruk jika ianya tidak mempunyai had jatuhan nilai saham maksima ( maksima hanya 10% sehari).

HTC 10 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 3,199 ( versi 32GB ) manakala versi 64GB hadir dengan harga RM 3,499. beli HTC 10 melalui Directd di SINI

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.