Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iPhone SE kini sudah boleh dibeli melalui Apple Store Malaysia

iphone se maxis

Apple iPhone SE yang akan mula dijual secara rasmi di Malaysia kini telah dibuka untuk pembelian melalui kedai atas talian rasmi Apple hari ini.

Apple iPhone SE ini hadir didalam 4 warna iaitu perak, kelabu, emas dan emas ros dengan harga penjualan RM 1,949 bagi versi 16GB dan RM 2,449 bagi versi 64GB.

Apple Store Malaysia memberikan anggaran penghantaran akan dibuat didalam masa 2-4 hari bekerja namun hasil tinjauan lanjut mendedahkan penghantaran hanya akan dibuat dari 13 Mei.

selain itu, Apple iPhone SE juga telah mula dibuka untuk tempahan oleh Maxis dibawah pelan pembelian Zerolution

Apple iPhone SE hadir dengan reka bentuk chasis yang sama seperti Apple iPhone 5s namun hadir dengan spesifikasi yang dimiliki oleh iPhone 6s.

Apple iPhone SE ini hadir dengan skrin paparan berukuran 4.0-inci (1136 x 640 piksel) dengan kepadatan piksel 326ppi, pemproses Apple A9 dan GPU PowerVR GT7600.

Selain itu, Apple iPhone SE ini juga hadir dengan kamera yang sama seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu kamera 12MP iSight yang turut hadir dengan rakaman video 4K. walaubagaimanapun, kamera hadapan Apple iPhone 6s iaitu kamera 5MP tidak digunakan pada iPhone SE namun ianya hadir dengan sokongan flash skrin yang dikenali sebagai Retina Flash (kamera 1.2MP).

Apple iPhone SE ini juga hadir dengan sensor capjari TouchID dan sokongan pembayaran Apple Pay. iPhone SE juga mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti iPhone 5s dengan berat 113gram.

beli iPhone SE di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.