Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Huawei P9, P9 Plus dan P9 Lite telah didedahkan – dari RM999

huawei p9-6

Huawei secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar utama mereka iaitu Huawei P9 dan P9 Plus akan mula memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung bulan ini.

Pada majlis pelancaran bagi rantau Asia Tenggara  (selatan Pasifik) yang diadakan di Bali semalam, Huawei tidak mendedahkan sebarang maklumat harga penjualan kedua-dua model ini namun DirectD yang turut hadir ke majlis pelancaran itu telah memberikan kita maklumat harga model-model didalam siri Huawei P9 ini.

13128832_10154058811584564_1360484960_o

Directd telah mendedahkan harga penjualan kesemua model didalam siri P9 ini melalui akaun Facebook mereka malam tadi.

Huawei P9 akan ditawarkan pada harga RM 2099 dan akan hadir didalam tiga warna iaitu kelabu, emas dan perak.

Huawei P9 Plus pula akan ditawarkan pada harga RM 2,599 dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna emas dan kelabu.

Selain itu, pada majlis pelancaran ini, Huawei turut memperkenalkan Huawei  P9 Lite dan ianya akan turut memasuki pasaran bersama-sama P9 dan P9 Plus.

Huawei P9 Lite akan mempunyai harga penjualan RM 999 dan akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas.

harga penjualan yang diumumkan ini adalah peningkatan hampir RM 300 berbanding model Huawei P8 yang dilancarkan tahun lalu.

Maklumat spesifikasi Huawei P9, P9 Plus dan P9 Lite boleh anda baca di SINI

Tontoni video demostrasi kamera Huawei P9 Plus dibawah ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.