Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Facebook kini membuka pejabat di Malaysia

 

fb malaysia

Facebook kini secara rasminya telah membuka pejabat di Malaysia dengan tujuan untuk memberikan perniagaan dan agensi peluang kerjasama yang lebih mudah.

Pejabat Facebook Malaysia akan diketuai oleh Nicole Tan yang merupakan bekas pengarah urusan syarikat pengiklanan J.Walter Thompson Malaysia.

Antara sebab kenapa Facebook memilih Malaysia sebagai lokasi kedua pejabat di rantau Asia Tenggara ( Facebook dilaporkan telah membuka pejabat pertama dibenua ini di Filipina bulan lalu) adalah kerana negara kini mempunyai hampir 18 juta pengguna aktif iaitu 81% daripada pengguna internet di Malaysia.

Selain itu, kajian juga telah membuktikan rakyat Malaysia mempunyai 60% lebih banyak kenalan di Facebook berbanding purata global dan berada di kedudukan ke-10 dunia didalam senarai pengguna FB dengan kenalan yang ramai.

fb malaysia-1

Malaysia mempunyai 18 juta pengguna di platform media sosial dan 6.5 juta pengguna lagi di Instagram (yang turut dimiliki oleh Facebook).

Facebook juga berkata bahawa pasaran Asia Tenggara adalah antara pasaran yang menunjukkan pertumbuhan yang tinggi dan Malaysia adalah antara sebab utama pertumbuhan luar biasa ini dicapai.

Daripada 1.65 bilion pengguna, sebanyak 241 juta pengguna Facebook adalah dari benua Asia Tenggara dan 94% daripada mereka ini melayari FB melalui peranti mudah alih mereka.

secara purata untuk pasaran Asia Tenggara, pengguna di Malaysia menghabiskan 178 minit setiap hari di Facebook diikuti Thailand (160 minit) , Filipina (140 minit) dan Indonesia (129 minit).

sumber

Selamat Datang Facebook ke Malaysia!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.