• Home »
  • TM »
  • TM mungkin menurukan harga pelan Streamyx dan UniFi

TM mungkin menurukan harga pelan Streamyx dan UniFi

 

unifi-tm-slider

Telekom Malaysia dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula harga pelan internet Streamyx dan UniFi yang ditawarkan syarikat ini.

Dalam satu kenyataan kepada majalah perniagaan TheEdgeMarkets, Telekom Malaysia berkata penurunan harga pelan internet ini mungkin akan dilakukan kerana persaingan yang sengit didalam industri ini.

Pengarah urusan yang juga merangkap ketua pegawai eksekutif TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, harga produk yang ditawarkan adalah bergantung kepada pasaran dan TM akan turut didalam perang harga apabila terdapat kehendak didalam industri.

“kita didalam persekitaran yang sangat kompetitif, kami akan bersaing dari segi harga apabila diperlukan namun bagi TM kami lebih mengutamakan pelan yang lebih bernilai dan bukanya semata-mata menurunkan harga. Adalah lebih penting untuk kami menawarkan nilai dan perkhimatan yang baik kepada pelanggan.

Tan Sri Zamzamzairani menjawab pertanyaan media selepa mesyuarat agung tahunan TM semalam.

Tan Sri Zamzamzairani juga berkata bahawa TM baru sahaja memperkenalkan pelan jalur lebar yang baru supaya pelanggan menaiktaraf pelan sediada mereka.

TM baru-baru ini telah memperkenalkan pelan UniFi Advance dan UniFi Pro yang menawarkan kelajuan internet sehingga 100Mbps dan TM dilihat sudah mula terasa persaingan yang ditawarkan oleh TIME Fibre yang menawarkan pelan jalur lebar dengan kelajuan internet sehingga 500Mbps pada bayaran bulanan yang lebih murah.

sumber

Comments

comments

Share