Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo Shark 1 dengan bateri berkapasiti 6,300mAh kini di Malaysia – RM999

image

Leagoo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka yang terbaru iaitu Leagoo Shark 1 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 999.

Majlis pelancaran Leagoon Shark 1 ini turut dihadiri oleh artist popular tempatan iaitu Zul Ariffin ( Duta jenama Leagoo).

Leagoo Shark 1 ini hadir dengan reka bentuk yang nipis walaupun mempunyai kapasiti bateri yang tinggi iaitu hanya 8.5mm.

Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan skirn paparan 1080p berukuran 6.0-inci yang dikilangkan oleh LG , pemproses octa-core 1.3GHz , 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga memiliki kamera 13MP sensor BSI Sony  , kamera selfie 5MP , sensor Infra-Merah (IR) yang boleh digunakan sebagai alat kawalan peralatan elektronik , slot microSD ( maksima 64GB ) dan Leagoo OS 2.1 yang berasakan Android 5.1 Lollipop.

Bercakap mengenai bateri Leagoo Shark 1 ini, ianya adalah bateri 6,300mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas LGQC 3.0 yang membolehkan satu pengecasan penuh bateri ini boleh dilakukan didalam masa hanya 3 jam manakala pengecasan selama 30 minit mampu memberikan satu hari pengunaan.

Selain itu, Leagoo Shark 1 juga telah mencipta rekod dunia Guinness sebagai telefon pintar bawah 9mm dengan kapasiti paling tinggi didunia.

Selain itu, Leagoo Shark 1 ini juga hadir dengan sensor capjari generasi baru Fingerprint ID 3.0 yang mempunyai sensor pengesan 360 darjah.

Leagoo Shark 1 kini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam , putih dan emas dan sudah boleh dibeli di kedai Leagoo di Low Yat dan juga melalui wakil pengedar sah produk ini.

image image image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.