Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Karnival Huawei Mate 8 kini diadakan di KLCC – banyak hadiah percuma

huawei mate 8 karnival klcc

Huawei Malaysia kini mengadakan satu roadshow khas Huawei Mate 8 yang membolehkan anda memiliki Huawei Mate 8 pada harga yang lebih berpatutan dan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa seperti pembesar suara JBL dan juga hadiah utama satu unit TV LED 32-inci.

karnival ini kini sedang berlangsung di pusat membeli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) , Concourse area dari 26 April sehingga 2 Mei 2016.

Pada karnival Huawei Mate 8 ini anda juga boleh membeli telefon pintar ini melalui syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom dan Maxis melalui pelan pascabayar mereka.

Bagi anda yang ingin menukar telefon pintar lama anda kepada Huawei Mate 8, anda juga boleh melakukan ‘trade-in’ sekaligus dapat membeli Mate 8 pada harga yang lebih rendah. Maklumat mengenai program ini boleh anda baca di SINI.

Selain itu, setiap pembeli juga berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui pertandingan putar dan menang dimana pelbagai hadiah isitimewa disediakan khusus kepada pembeli dan juga boleh melakukan ukiran khas pada telefon pintar anda.

Bercakap mengenai Huawei Mate 8 ,telefon pintar ini hadir dengan hadir dengan harga penjualan RM 2,099 bagi versi biasa manakala versi premium pula ditawarkan pada harga RM 2,399.

Kami beranggapan Huawei Mate 8 mempunyai potensi untuk menjadi phablet terbaik tahun 2016 kerana anda boleh Menikmati Penggunaan Kerja dan Peribadi sepanjang hari bersama Huawei Mate 8

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.