Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Max disahkan akan dilancarkan pada 10 Mei ini

xiaomi-max-mobilefokus

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Max akan dilancarkan secara pada 10 Mei ini di China.

Xiaomi Max merupakan telefon pintar dengan skrin paparan yang besar namun ianya dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan.

Selain itu, ujian GFXBench juga sedikit sebanyak telah mendedahkan mengenai spesifikasi telefon pintar ini dan ianya disahka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.4-inci, pemproses Snapdragon 650 ( sebelum ini dikatakan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820), 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 16MP dan kamera selfie 5MP.

Selain itu, Laporan sebelum ini telah memberikan kita satu lakaran baru bagi Xiaomi Max ini dan ianya dilihat mempunyai persamaan dengan telefon pintar utama Xioami iaitu Mi 5.

Secara kasarnya, Xiaomi Max dilihat mewarisi reka bentuk Xioami Mi 5 yang telah diperkenalkan di MWC dan ianya boleh dikatakan model Xiaomi Mi 5 yang lebih besar. Seperti Mi 5, Xiaomi Max juga hadir dengan butang ‘home’ yang menempatkan sensor capjari selain dua butang kapasitif. pada bahagian sisi akan terdapat butang suara dan butang kuasa.

Seperti biasa, Xiaomi Mi Max ini dijangka akan mula ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu dan tidak dapat juga kami pastikan samada ianya akan memasuki pasaran antarabangsa ataupun tidak.

sumber

xiaomi max

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.