Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC 10 kini dibuka untuk tempahan oleh DirectD – dari RM 3,199

htc-10-official-

Telefon pintar utama terbaru HTC iaitu HTC 10 kini sudah mula dibuka untuk tempahan melalui DirectD dan ianya adalah versi yang diimport dari Taiwan ( hadir dengan jaminan waranti satu tahun ).

HTC 10 ini hadir dengan skrin paparan 5.2-inci Super LCD 5 QHD dengan resolusi 1440 x 2560 yang turut dilapisi dengan gelas keselamatan Gorilla Glass. Ianya turut hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, Android 6.0 Marshmallow dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Pada HTC 10 ini kita juga menyaksikan kemunculan semula kamera UltraPixel dan ianya mungkin merupakan generasi kamera UltraPixel terbaik pernah dikeluarkan oleh HTC. Kamera utama HTC 10 ini adalah 12MP dengan piksel lebar 1.55µm, aperture f/1.8 , Optik pengstabilan imej (OIS) dan pemfokusan Laser.

Kamera ini juga mampu merakam mod RAW 12-bit, video 4K dan audio beresolusi tinggi. Selain itu, HTC menjadi pengeluar telefon pintar pertama untuk menyertakan Optik pengstabilan imej (OIS) pada kamera hadapan (5MP) HTC 10 ini.

Beralih kepada bahagian audio, HTC 10 hadir dengan teknologi BoomSound yang baru, pembesar suara stereo ini berfungsi sebagai dua unit yang berasingan dimana satu adalah untuk audio frekuensi tinggi yang dikenali sebagai ‘tweeter’ manakala bagi audio frekuensi rendah ianya dikenali sebagai ‘woofer’. Selain itu, dengan pembelian HTC 10 ini, anda turut akan menerima headset premium HTC.

HTC 10 akan mempunyai harga penjualan RM 3,199 iaitu bagi versi 32GB, versi 64GB ditawarkan pada harga RM 3,499 dan hadir didalam tiga pilhan warna iaitu perak, emas dan kelabu.

HTC 10 yang dibeli melalui DirectD ini akan dihantar didalam masa 7-10 hari bekerja selepas tempahan dibuat.

Beli HTC 10 di SINI

0010097_htc-10-latest-model-by-htc-open-for-pre-order-now

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.