Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Apple iPhone jatuh 44% pada suku pertama 2016

iPhone6s

Laporan terbaru daripada TrendForce mendedahkan bahawa Samsung telah meningkatkan penjualan peranti bagi suku pertama tahun 2016 sekaligus mengekalkan tahkta syarikat Korea ini.

Laporan ini mendedahkan bahawa penjualan peranti pintar bagi suku pertama tahun 2016 adalah 292 juta unit iaitu penurunan 1.3% berbanding suku yang sama tahun lalu dan atau penurunan 18.6% berbanding suku ke-4 2015.

Selain itu, laporan TrendForce ini turut mendedahkan bahawa penjualan oleh syarika China bagi suku pertama 2016 adalah 125 juta unit iaitu 42.9% daripada jumlah penjualan keseluruhan dan ini adalah peningkatan 1.4% berbanding suku ke-4 2015.

Jika laporan ini adalah berita baik bagi Samsung, tidak pula bagi Apple yang menyaksikan jumlah penjualan iPhone mereka jatuh dengan mendadak iaitu sebanyak 43.8% dengan jumlah unit yang dijual hanya 42 juta berbanding 75 juta unit pada suku ke-4 2015

Laporan ini memberikan Apple satu masalah yang tidak pernah mereka hadapi sebelum ini dan terdapat juga laporan yang mengatakan syarikat Cupertino ini mengurangkan tempahan komponen iPhone.

Selain itu, Apple dilihat cuba mewujudkan pasaran baru apabila melancarkan Apple iPhone SE yang boleh dikatakan sebagai telefon pintar 4.0-inci paling berkuasa didunia namun dengan harga penjualan yang lebih berpatutan.

Anda boleh melihat carta statistik TrendForce dibawah

TrendForce-April-2016-Asumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.