Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan sampingan MaxisONE Share bakal hadir dengan 5GB Internet dan panggilan percuma

maxis one share

Maxis yang telah dijadualkan akan memperkenalkan pelan pascabayar Maxis yang baru dan kami telah mendapat sedikit maklumat mengenai pelan terbaru daripada Maxis ini.

Pelan sampingan yang boleh dilanggan bersama-sama MaxisOne iaitu MaxisONE share nampaknya akan hadir dengan kuota tambahan 5GB internet selain panggilan dan SMS percuma tanpa had kesemua rangkaian.

Sebelum ini pelan MaxisONE Share ini hanya hadir dengan perkongsian kuota internet dari nombor utama selain panggilan dan SMS  percuma tanpa had.

13045618_10154026376944564_1467788637_n

Ini bermaksud Maxis akan menawarkan 5GB kuota internet bagi pelanggan MaxisONE Share ini namun masih mengekalkan harga pelan pada kadar yang sama seperti sebelum ini.

Pelan MaxisONE share sebelum  ini boleh dilanggan oleh pelanggan yang telahpun memiliki MaxisONE 128 dan ke atas.

Selain perubahan kepada pelan MaxisONE share ini, kita mungkin menyaksikan banyak lagi perubahan kepada pelan-pelan pascabayar Maxis dan segala maklumat penuh mengenai pelan-pelan baru Maxis akan kami laporkan esok.

setakat apa yang kami tahu, kesemua pelan MaxisONE akan menerima kuota yang lebih tinggi pada pembayaran bulanan yang sama.

Pelan MaxisONE 98 akan hadir dengan 5GB kuota internet ( hanya 1GB sebelum ini)

Pelan MaxisONE 128 akan hadir dengan 8GB kuota internet ( hanya 3GB sebelum ini)

Pelan MaxisONE 158 akan hadir dengan 12GB kuota internet ( hanya 5GB sebelum ini)

Pelan Maxis ONE 188 akan hadir dengan 16GB kuota internet ( hanya 7GB sebelum ini)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.